Sunday, March 11, 2012

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Syukur ke hadrat Illahi kerana limpah Inayat NYA Persatuan Belia FELCRA Seri Gala Slim River telah dapat ditubuhkan dengan rasminya dengan berbekalkan kecekalan dan wujudnya kerjasama antara belia dan beliawanis.

Perkampungan ini telah dibuka dan telah lebih 12 tahun peserta menetap disini. Persatuan Belia bukanlah satu subjek yang baru bagi sesebuah penempatan tetapi ia menjadi sesuatu yang baru apabila persatuan yang ditubuhkan telah mendapat pengiktirafan dan pihak tertentu.

Difahamkan kini merupakan generasi kelima (5) bagi pertubuhan persatuan belia dan selama 5 generasi ini pucuk pimpinan juga telah silih berganti. Bermula pada tahun 1998. banyak program telah diatur oleh jawatankuasa bagi menggerakkan aktiviti belia. Tahun demi tahun kelihatan banyak pembaharuan telah dilakukan dan belia pada hari ini sangat beruntung kerana dapat mengecapi sedikit sebanyak jasa yang yang telah ditaburkan oleh jawatankuasa lama.

Persatuan Belia Felcra Seri Gala Slim River (PBFeSG) ditubuhkan pada 22 Oktober 2011 hasil pertemuan dan persepakatan beberapa golongan belia ketika itu. Mesyuarat Agung Penaja Persatuan Belia diadakan pada 26 Oktober 2011 dan Pengerusi Penaja ialah Saudara Mat Rashid Bin Othman dan Saudara Muhammad Ramdhan dilantik sebagai Setiausaha Penaja.

PBFeSG merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia pada 21 Disember 2011 dibawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, Peraturan-Peraturan Pertubuhan Belia (Pendaftaran) 2007. Mesyuarat Agung Pertama telah diadakan pada 7 Januari 2012 di mana saudara Saiful Rizal Bin Sapian (Kini telah meninggal dunia) dilantik menjadi Pengerusi PBFeSG yang pertama manakala saudara Muhammad Ramdhan Bin Basri kekal dilantik sebagai Setiausaha.

Pada tahun 2013 saudara Amirruddin Bin Mat Isa dilantik sebagai Pengerusi PBFeSG dan beliau kekal dengan jawatan sebagai Pengerusi sehingga kini. Di atas kepercayaan dan sikap kebertanggungjawaban terhadap persatuan ini, sekali lagi saudara Muhammad Ramdhan Bin Basri telah dilantik sebagai Setiausaha dan masih mengekalkan jawatan tersebut sehingga kini.

PBFeSG sentiasa mendekati golongan belia dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan sentiasa mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif. 

Sekian,
Administrator