Pangkor, 24 Mac - Program yang dianjurkan oleh Khidmat Masyarakat DUN Behrang berlangsung selama dua (2) hari dengan kehadiran 80 orang dari kalangan belia dan beliawanis dalam kawasan DUN Behrang yang mana terdapat 6 wakil kampung iaitu Kg. balun, Kg Slim Village, Kg Sg Jurong, Behrang Ulu, Kg Sg Dara dan Kg Klan Halt.
Program yang diaturkan selama 2 hari ini amat menyeronokkan dan lebih kepada program santai. Walaupun begitu, dilihat terdapat kepincangan dan kekurangan dalam tentatif program. Pertama sekali, admin melihat dari sudut pengisian program. Admin sangat kesal dengan pihak penganjur kerana program-program yang diatur dilihat sangat membuang masa dan lebih menjurus kepada kemaksiatan.
Pendapat admin, tidak salah sekiranya karaoke dibuat tetapi tidak perlu rasanya diadakan pertandingan joget yang hanya dibuka penyertaan kepada wanita sahaja. Syaratnya pula, peserta-peserta joget perlu menutup mata dan perlu berdansa dengan menutup mata. Apa kejadah semua tu? Tepuk dada tanya iman.
Dengan ini diharapkan semoga pihak penganjur lebih peka dengan tentatif program dimasa akan datang. Aturlah program-program yang dapat memberi manfaat kepada peserta-peserta seperti program Qiamullail dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jangan dilebihkan hiburan dan isilah masa dengan program yang berguna kepada semua.
Program yang dianjurkan oleh Khidmat Masyarakat DUN Behrang berlangsung selama dua (2) hari dengan kehadiran 80 orang dari kalangan belia dan beliawanis dalam kawasan DUN Behrang yang mana terdapat 6 wakil kampung iaitu Kg. balun, Kg Slim Village, Kg Sg Jurong, Behrang Ulu, Kg Sg Dara dan Kg Klan Halt.Program yang diaturkan selama 2 hari ini amat menyeronokkan dan lebih kepada program santai. Walaupun begitu, dilihat terdapat kepincangan dan kekurangan dalam tentatif program. Pertama sekali, admin melihat dari sudut pengisian program. Admin sangat kesal dengan pihak penganjur kerana program-program yang diatur dilihat sangat membuang masa dan lebih menjurus kepada kemaksiatan.